Pages

Tuesday, July 28, 2015

Salam Lebaran

pada kesempatan ini saya ingin mengucapka salam Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin buat semua ahli keluarga saya, kenalankenalan dan seluruh umat Islam di seluruh dunia...
ye mmg agak terlambat sedikit ucapan ini, tp saya ttp nk ucap juga...dan selamat berpuasa 6 juga...

Tuesday, June 2, 2015

Catatan mereka

Tajuk seterusnya ini kurang menarik berbanding tajuk yg lepas, tapi ak tetap nk konsikan sesuatu buat kamu semua. Adakah korang suka bace penulisan2 pndek, seperti blog2? Adakah anda suka baca diari ataupun jalan2 kehidupan seseorang? Atau adakah anda suka akan blogger…?

Senang cerita, ak ada jawapan untuk semua persoalan itu iaitu “catatan”, ha inilah tajuk penulisan seterusnya dan cerita die menarik berbanding tajuk. Baiklah, penulisan ak pada kali in ink kongsikan 2 blogger yg agak terkenal dalam Malaysia ini, kalu korng x kenal ak pelik lah, sbb salah satu dari mereka pernah ditahan oleh polis, dan dorang lagi masih mnjadi burua polis, I not make it up, I just tell the truth. Tapi biarlah cerita mereka dengan polis itu, ak x nk masuk campur. Biarlah ak perkenalkan kedua-dua mereka secara ringkas:
  • ·         Yg pertama nih ramai kenal, akaun youtube die adalah “MatLuthfi90”
  • ·         Yg ke-2 ni plak masih menghantui peminat, akaun FB die “Amran fan”


Kedua-dua mereka telah mengeluarkan catatan yg menarik, ak x tau mcm mane nk cerita, korang kene beli dan baca sndiri buku2 tuh. Buku yang pertama adalah “catatan Mat Luthfi” yang nih mudah je nk cari sebab best seller. Tapi buku yg ke-2 susah siket nk cari sbb iaya menghantui rakyat Malaysia, da nada juga yg bertanya bahawa kewujudan buku inih, dan ak nk menyatakan bahawa buku ini mmg wujud, iaitu “Amran fan”. Ha sape2 ade duk kat KL atau sekitar mungkin mudah sket nk jmpe, kalau tmpat lain susah la sket. Buku pertama mmg ade kat mane2 kedai buju jek, tp buku yg ke-2 tuh paling mudah nk jmpe adalah kat pesta buku….HAHAHA

X kire ape pony g jadi ak hya nk bgtau yg korang x kan sekali-kali menyesal bile dah beli kedua-dua catatan ini….salam



Novel-ku

Assalamualaikum buat semua, setelah sekian lame tangan tidak menaip di atas papan kekunci ini, maka kini tibalah masa yg ditunggu-tunggu, ak rase nekad dan berniat untuk kembali semula aktif dalah penulisan blog seperti dahulu. Ak juga nk memohon maaf jika penulisan kali ini tidak standing dahulu, almaklumlah lame boh x menaip. Sebenarnya ak agak active dlh twitter, sbb itulah ak jarang ke blog nih, FB pon ak dah x minat.

Pada panulisan kali ini, aku ingin mnceritakan tntang “novel dan catatan” walaupun tajuk ini agak pelik bagi seorang leleki.

Ramai yg diluar sana mengatakan bahawa “pelik lah kalau lelaki bace novel”, namun bagi ak ini bukan perkara pelik walaupun lelki itu mmbaca sebuah novel cinta mahupun sebuah catatan. Sebenarnya lagi pelik jika wanita  yg tidak mahu mengikut kehendak syariat(tiada kaitan)…HURM..
Baiklah, novel. Sebenarnya banyak novel2 yg ak suka bace, namun keutamaan keinginan ak terletak kpd hasil2 karya penulis novelis triller no.1 Malaysia Ramlee Awang Murshid(RAM). Yg menariknya, abg dan kakak ak juga meminati hasil2 karya beliau.

Kalau korang jenis baru bermula nk membaca dan baru mula nk meminati novel, ak mncadangkan korang boleh bermula dengan hasil karya si RAM nih, best kot. Tapi dalam banyak2, ak syorkan beberapa buku pada pndangan ak menarik:

  • ·         Mandatori
  • ·         Adam (dimana ada satu buku yg ak baca yg telah ditranslate dlm Bahasa ingeris “Personal Justice”)
  • ·         Satu janji
  • ·         Hatiku di Harajuku
  • ·         Ungu Karmila

Yg lain menarik, tp pada ak, tidak standing 5 tajuk ini, dan kelima-lima ini merupakan karya RAM. Believe me U’ll never regret about it.

antara karya2 RAM:

 

Wednesday, January 28, 2015

lama bersepi

bertahun sudah(2 tahun++) ku menunggu masa untuk mengupdate blog ini..
namun apekan daye, kerana terlalu buzy dah terlalu membuzykan diri dengan kerja lain, maka sukarlah diri ini untuk menaip lebih banyak kata2...
pada dasarnya minda ini ingin sekali berkongsi akan kisah2 yg telah terjadi seteleh sekian lama tidak ada update terbaru, namun lebih baik hanya biarkan sahaja mnjadi sejarah...
awl mulanya ingin sekali saya mengucapkan ta'ziah khas buat semua org pantai timur terutama dikawasan2 yg terlibat dengan bah(banjir) besar ygtelah melanda negara baru2 ini, sememangnya ujian yg telah diturunkan oleh Allah s.w.t sememangnya besar, tp ingat bahawa, Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hamba2-Nya yg tidak mmpu menanggung akan ujian-Nya itu. dan ingatlah juga bahawaujian yg diturunkan itu bkn kepada golongan yg terbabit secara langsung sahaja, malah ujian itu sebenarnya juga buat semua hamba-Nya yg juga terbabit secara tidak langsung...
Alhamdulillah, saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih khas buat semua masyarakat yg turut mmberikan sumbangan samaada harta mahupon tenaga, tidak lupa juga yg turut menyampaikan doa khas buat mereka yg menerima ujian itu. sesiapa yg ikhlas, alhamdulillah pahala berlipat ganda, sesiapa yg tidak ikhlas, sy mndoakan agar anda mndapat hidayah, kerana hidayah itu milik Allah...

Thursday, December 6, 2012

Cara Atasi TAKBUR..!!!


Takbur adalah penyakit hati yang amat bahaya. Orang yang mempunyai penyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah lebih-lebih lagi pemimpin umat Islam. Hal ini kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya apabila mewakili jemaan, kerana akan turut memburukkan nama jemaah itu sendiri.
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur dari bermaharaja di dalam hati manusia:

*Sewaktu kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diorang lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih lagi belum diebani dengan dosa.

*Sewaktu kita berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah diorang juga lebih mulia kerana diorang lebih lama beribadah daripada kita.

*Sewaktu kita berjumpadengan orang alim, anggaplah die lebih mulia kerana mempuyai banyak ilmu didada.

*Sewaktu kita melihat orang jahil, anggaplah diorang libih mulia kerana membuat dosa disebabkan kejahilan iaitu tudak mengatahuinya, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan engetahuinya.

*Sewaktu kita berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia tetapi katakan, mungkin dia akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

*Apabila bertemu orang kafir,katakanlah, belum tentu dia akan kafir selamanya.

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN...

Saturday, November 10, 2012

Kisah Iblis & Firaun


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, saya dah pun berada pada semester ke-4 atau tahun yang ke-2 di Universiti Teknologi Mara Terengganu.

Mungkin ada yang akan bertanya, name dapat tajuk nie?, dari mana pula hadisnya? Sebenarnya ini adalah cerita rekaan yang pernah diberi tahu oleh salah seorang guru yang pernah mengajar saya, biarlah namanya dirahsiakan. Dia mendapat idea cerita ini kerana pada suatu hari, salah seorang muridnya bertanya,
"Antara Firaun dengan Iblis, yang mana satu lagi sesat?", lalu dijawab oleh guru itu dengan sbuah cerita:
Apabila sampai suatu masa(di akhirat kelak), datang Firaun ke arah Iblis lalu berkata dengan nada yang sombong "Wahai Iblis yang dilaknat, maka sekejap lagi kau akan masuk ke dalah api neraka, inilah balasan untuk kau yang sesat dan suka menyesatkan umat manusia", lalu Iblis berkata, "walaupun kita sama2 tidak menyembah Allah, tetapi kau sebenarnya lagi sesat dan menyesatkan berbanding dengan aku" dengan nada yang agak marah, Firaun berkata "kau tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhmu, kau juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat. Aku sesatkan manusia seusia dengan kehidupanku sahaja, jadi kau lah yang paling sesat". begitulah bongkaknya Firaun berkata-kata, namun Iblis tetap tidak mengaku kalah. Iblis membalas kata-kata Firaun itu dengan berkata "Ye, memanglah aku tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhku, aku juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat dan kau sesatkan manusia hanyalah seusia dengan kehidupan kau sahaja, tetapi lupakah kau bahawa aku masih tetap lagi mengaku Allah itu Tuhanku, aku cumalah tidak menyembahnya, sedangkan kau? bukan setakat tidak mengaku Allah itu Tuhan mu, tapi kau juga sesatkan mansia dengan mengatakan kau adalah Tuhan, dan kau juga menghukum manusai yang tidak ingin mengaku kau adalah Tuhan. Jadi siapakah paling sesat?" lalu Iblis senyum tanda menyindir.

Baiklah, apa kah sebenarnya pengajaran yang kita perolihi daripada kisah rekaan ini? Sebenarnya, ianya terserahlah kepada pembaca sekalian, kerana Allah telah jadikan kita bebeza-beza dan akal kita juga mempunyai pemikiran yang berbeza, oleh itu ingatlah "SALAH TAFSIRAN, DIRI BINASA..."

Saturday, September 15, 2012

OH spEEd TrAp


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca sekalian. Dah dkt stahun x update blog....haha, ok lah pada kali ini saya nak menyambung menyambung penulisan artikel ini dengan satu lagi topik yang akan saya hangatkan jika blog ini tersebar luas. Tajuk yang saya bawakan pada kali ini ada sedikit kejanggalan kerana berbahas ainggeris, tapi pembaca jangan takut, kerana itu cuma tajuk sahaja, isinya berbahasa Melayu juga. sebelum itu izinkan saya menceritakan mengapa tajuk ini yang menjadi pilihan hati. Seenarnya tajuk ini memang sudah lama tependam, namun baru sekarang hati ini ingin menulis artikel ini. Sebelum saya mengulas lanjut tentang artikel ini, saya ingin katakan bahawa saya bukan lah seorang anti-kerajaan mahupon prokerajaan, tapi saya cumalah seorang penulis bebas. saya pening tentang pembuatan dan kemasukan kenderaan inport ke Malaysia. mengapakah kenderaan yang dibenarkan memasuki ataupon yang dibuat sendiri di dalam negara mempunyai had laju sehingga 300km/h padahal, kalajuan yang tertinggi yang dibenarkan di dalam Malaysia hanyalah (+/-)120km/h tu pon boleh jumpa kat lebuhraya jek...WHY...? can GOVERNMENT answer this...?