Pages

Sunday, December 27, 2015

GST: Cukai Barang dan Perkhidmatan

Goods and Services Tax (GST) merupakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau juga dikenali sebagai 6%, merupakan suatu isu yang cukup hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Namun, oleh kerana isu ini masih tidak sampai setahun semenjak diperkenalkan, dan masih lagi hangat diperkatakan, ianya sudah diumpamakan suam-suam kuku. GST diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan atau Sales and Services Tax (SST). Malas untuk saya menceritakan sejarah atau teknikal yng terperinci mengenai SSt atau GST, akan tetapi, suka bagi saya memberi maklumat yang telah terfikir oleh minda saya sendiri. Selamat membaca.

Marilah kita sama-sama melihat akan kebaikan dan keburukan GST kepada, kerajaan, masyarakat, mahupun Negara.

Kebaikan:
1.       Harga perkhidmatan akan menurun kerana nilai cukai yang dahulunya 10% kini menjadi 6%.
2.       Kerajaan dapat memungut lebih banyak cukai kerana penjual dan pengilang mahupon peniaga tidak boleh lari dari membayar cukai.
3.       Pendapatan kerajaan akan lebih meningkat berikutan kenaikan cukai barang yang dahulunya 5% kini menjadi 6%.

Keburukan:
1.       Peningkatan harga barangan berikutan kenaikan cukai yang dahulunya 5% kepada 6%.
2.       Wujud cukai bertindih dimana GST dikenakan kpd pengilang dan penjual.
3.       GST merupakan cukai tambahan atau lebih dikenali sebagai Value Added Tax (VAT).

Untuk lebih memahami tentan VAT dan juga perbezaan SST dan GST, mari kita lihat dari segi sudut teknikalnya, sama-sama lah kita mengira.

Pengiraan SST:
Harga modal kasut = RM50 sepasang
Nilai cukai SST (5%) dari harga modal (RM50) = RM2.50
Keuntungan jualan kasut = RM20 sepasang
Harga jualan (modal + cukai + untung) = RM72.50

Pengiraan VAT dalam GST:
Harga modal kasut = RM50 sepasang
Keuntungan jualan kasut = RM20 sepasang
Harga jualan (modal + untung) = RM70
Nilai cukai GST (6%) dari harga jualan (RM70) = RM4.20
Harga jualan selepas cukai = RM74.20

Dari pengiraan sebenar mungkin kita kurang jelas kerana nilai cukai adalah berbeza iaitu 5% dan 6%, namun apa yang saya ingin terangkan adalah VAT dalam GST, oleh itu cuba bayangan bahawa cukai GST adalah 5% seperti mana SST:
Harga modal kasut = RM50 sepasang
Keuntungan jualan kasut = RM20 sepasang
Harga jualan (modal + untung) = RM70
Nilai cukai GST (5%) dari harga jualan (RM70) = RM3.50
Harga jualan selepas cukai = RM73.50

Jadi mari kita bezakan:
Harga jualan menggunakan SST (5%) = RM72.50
Harga jualan menggunakan GST (5%) = RM73.50

Jadi jelas disitu walaulun kita samakan nilai cukai SST dan GST pada kadar 5%, namun harga GST tetap lebih tinggi berbanding SST, hal ini kerana wujudnya VAT. Jika menggunakan sistem SST, nilai cukai adalah keatas harga modal tanpa mengira keuntungan, tetapi jika menggunakan sistem GST, cukai adalah hadir setelah kita meletakkan menetapkan harga jualan, dimana keuntungan jualan juga akan dikenakan cukai, inilah yang dikatakan VAT.

Selain daripada VAT, harga barangan setelah mengenaan GST sememangnya lebih tinggi dari sebelumnya, oleh kerana nilai cukai telah bertambah sebanya 1%. Dari segi kebaikan GST seperti yang saya nyatakan diatas, ataupun kita telah membaca dimana-mana iklan tv, atau banner-banner yang tergantung, kita akan paham bahawa kebanyakan kebaikan perlaksanaan GST hanyalah keatas kerajaan pemerintah sahaja. Manakala bagi keburukan pula kebanyakan kene kepada pengguna iaitu rakyat jelata.


Jika anda diantara kalian yang pakar tentang GST mahupon SST, mohon komen akan ksalahan [penulisan artikel ini. Sekian, Terima Kasih, Wassalam.

No comments:

Post a Comment