Pages

Sunday, September 13, 2015

Resepi Hidup

Kisah hidp merpakan suatu topic yg tidak dapat dulipakan oleh semua manusia. Percayakah anda, jika saya menyatakan bahawa
‘kita sememangnya tidak boleh melupakan akan kisah hidup kita, samaada baik, buruk, suka, duka, gembira, dan sedih’
Hal ini kerana diri kita masing2, mmpunyai pengalaman hidup, tidak kira suka atau duka, kerana itulah dinamakan resepi hidup. Bayangkan kita ingin memasak kek, kuih, ataupun mana-mana jenis makanan, pastinya kita akan letak dalam resepi itu kemanisan atau gula, ini kerana kita semua mahukan kehidupan manis. Namun begitu, untuk kemanisan makanan yang ideal, kita juga akan menaruk sedikit rasa yg kurang enak seperti, garam, lada, mahupun perasa-perasa yang tawar. Begitulah juga hidup, jika hidup ini tiada cabaran atau tiada rasa yg kurang enak, kita akan merasakan, kita bosan untuk hidup. Ya, memang semua orang inginkan kesempurnaan untuk hidup, tetapi jika hidup tiada cabaran atau masalah, kita umpama hidup dalam ‘Utopia’ atau lebih mudah disebut ‘perfect world’ iaitu ‘dinia yang sempurna’. Hidup dalam Utopia ini sememangnya senang-lenang, kerana hidup umpama robot. Namun begitu, hidup senang-lenang tidak semestinya bahagia, kerana bahagia itu adalah kesenangan atau keseronokan hidup setelah kita dapat menyelesaikan masalah.
Jika kita belajar tentang ajaran Islam misalnya, kita diajar untuk ‘redho’ dan pasrah akan apa yang telah kita alami selama ini, tp redho kita bukan berserah sahaj, akan tetapi kita perlulah menyelesaikan masaalah yang telah kita alami. Kita juga diajar bahawa Allah s.w.t. tidak akan memberikan masaalah kepada hamba-Nya jika Dia tahu akan hamba-Nya tidak boleh menyelesaikan akan masalah itu. Oleh itu sebagai nasihat daripada sy buat kita semua, janganlah mengalah atau berputus as ajika kita ditimpa masalah samaada kecil atau besar, kerana Allah hanya memberikan masalah untuk hamba-Nya yang kuat sahaja.
Apabila kita menyebut akan masalah, pastinya kite akan teringat masalah besar. Tahukah anda,bahawa, masalah yang paling besar yang manusia alami..? Kemungkinan kita akan menyebut masalah gempa bumi, tsunami, ataupun peperangan. Namun begitu, itu bukan masalah terbesar yang kita alami. Ya, mungkin itu masalah besar, akan tetapi itu bukan masalah manusia, itu masalah dunia yang berpunca daripada manusia. Masalah manusia yang paling besar adalah ‘kegagalan’. Inilah masalah yang paling kita semua takuti. Tapi tahukah anda, saya berpegang kepada suatu pepatah ‘the real success is the success after obtained failure’, secara maksudnya ‘kejayaan sebenar adalah kejayaan setelah kita mendapat kegagalan’. Pepatah ini bukanlah diambil atau dipetik dari mana2 pemimpin atau buku, pepatah ini saya reka sendiri setelah melihat akan kehidupan manusia(diri saya sendiri), yang selalu menghadapi kegagalan.

Oelh itu, saya hanya ada satu pegangan hidup iaitu ‘life must go on, no matter what happen’.