Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca
sekalian, sudah sekian lama saya tidak menaip apa-apa di laman blog ini. Pada
kali ini saya ingin kongsikan beberapa ilmu yg sedikit sebanyak yang saya tahu
mengenai ‘matawang digital’ atau dipanggil ‘crypyocurrency’ yang juga lebih
ramai menyebut sebagai ‘bitcoin”.
Matawang digital ini sebenarnya sejenis matawang yang tiada
secara fizikal seperti wang kertas atau dinar dirham, sebab itulah nama dia
disebut sebagai digital. Manakala bitcoin(BTC) pula adalah sejenis matawang
yang ada dalam senarai jenis-jenis matawang digital, selain BTC, terdapat juga
bitcoin cash(BCH), Lite coin(LTC), Zcash, dan beratus-ratus lagi jenis-jenis
matawang digital yang dibuat oleh pakar-pakar alam siber.
Matawang digital nih asal-usulnya datang daripada
penjenayah-penjenayah siber yang menggunakannya ketika bayaran-bayaran jenayah
seperti upah pembunuhan ataupon pembelian-pemblian barangan terlarang seperti
organ manusia, senjata, mahupon dadah. BTC pulak merupakan sejenis watawang
digital yang biasa digunakan oleh penjenayah dalam siber ketika berurusan di
laman sesawang yang mendalam atau lebih dikenali sebagai “deep web”.
Mengenai deep web pula. Tahukan kita bahawa web-web yang
kita biasa gunakan ini adalah hanyalah 1% dalam semua sistem2 web yang wujud di
atas dunia ini, manakala lebih 99% tuh antaranya “deep web” dan “dark web” dan
banyaklagi yang saya sendiri masih dalam kajian, dan pengguna-pengguna seperti
kita juga bukan mudah untuk meng akses ke laman web jenis semacam ini. Kalau
kita nk masuk ke deep web misalnya, kita x kan dpt kalau setakat mnggunakan
“google chrome”, “mozilla firefox” “internet explorer” mahupun “safari” dan
sebagainya. Engine khas atau web brozer khas kita perlu gunakan, biasanya
“onion”. Saya tidak mahu menceritakan lanjut tentang deep web ini, kerana sy
sendiri juga tidak pernah, dan masih belum rasa berani ingin menggunakannya.
Untuk mengetahui lebih banyak mengenai senari lengkap
matawang digital ini, anda bolehlah terus google jek ke “block chain”.
Selain mengenali jenis-jenis crypto anda, anda perlu juga
tahu mengenai crypto wallet anda atau lebih dikenali sebagai dompet digital. Kenapa
dikenali sebagai dompet digital? Jawapannya mudah sahaja, kita menyimpan
matawang digital, oleh itu, perkara-perkara digital disimpan di dalam dompet
digital. Namun begitu, kini wujud sudah dompet digital tetapi secara fizikal,
dimana kita boleh menyimpan matawang digital kita secara selamat secara fizikal
melalui Hard Disk Drive(HDD). Tetepi bagi cara ini, orang kaya sahaja mampu
buat. Hahahaha…
Luno, merupakan salah satu jenis wallet bagi menyimpan BTC. Wallet
luno nih memang biasa rakyat Malaysia gunakan kerana kita dapat memindah wang
fizikal terus kepada wang digital hanya melalui online banking seperti mybank
dan sebagainya. Cubalah, mudah dan murah. Boleh bermula serendah 2myr jek, x
perlu membeli seluruh BTC yg bernilai hampir 20K myr.
Banyak lagi yang ingin sy kongsikan mengenai wang digital
ini, seperti kepercayaan, namun begitu, perkara seperti ini amat sukar untuk
diterangkan melalui tulisa semata-mata. Cara mudah sebegini. Kita percaya pada
bank yang menyimpan duit kita, sedangkan kita tiada cagaran apa2 keatas duit
itu, hanya penyata semata-mata. Mungkin ramai mengatakan bank menyimpan duit
kita menggunakan emas dan sebagainya, tetapi mereka(pihak bank) ini ada bukti? Sedangkan
kita pon tidak pernah melihat bukti tersebut, itu hanyalah rumor. Jadi kesimpulannya,
penyimpanan ini samalah umpama menyimpan matawang digital. Tetapi bg sy,
matawang digital ini lg merbahaya, kerana ia hanya nilai yg tidak ternilai,
andai suatu hari nanti mereka mengatakan wang digital ini tiada nilai, maka
ramailah anatara penympan-penyimpan BTC misalnya menagis bersendirian.
Satu yang saya boleh simpulkan, sy menyimpan wang digital
ini tujuan untuk fizikal. Caranya, saya memebeli BTC ketika haraga jatuh, dan
menjualnya ketika harga tinggi, setakat ini bermodalkan RM50, saya sudah untung
sebanyak RM20.memang sedikit bunyinya, bayangkan kita ada modal yang banyak,
lalu keuntungan itu kita belie mas fizikal.
Disini sahajalah penulisan saya, saya harap pembaca dapat
dengan apa yang saya ingin sampaikan. Sayonara.