Pages

Thursday, September 14, 2017

Matawang Digital (cryptocurrency)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian, sudah sekian lama saya tidak menaip apa-apa di laman blog ini. Pada kali ini saya ingin kongsikan beberapa ilmu yg sedikit sebanyak yang saya tahu mengenai ‘matawang digital’ atau dipanggil ‘crypyocurrency’ yang juga lebih ramai menyebut sebagai ‘bitcoin”.

Matawang digital ini sebenarnya sejenis matawang yang tiada secara fizikal seperti wang kertas atau dinar dirham, sebab itulah nama dia disebut sebagai digital. Manakala bitcoin(BTC) pula adalah sejenis matawang yang ada dalam senarai jenis-jenis matawang digital, selain BTC, terdapat juga bitcoin cash(BCH), Lite coin(LTC), Zcash, dan beratus-ratus lagi jenis-jenis matawang digital yang dibuat oleh pakar-pakar alam siber.

Matawang digital nih asal-usulnya datang daripada penjenayah-penjenayah siber yang menggunakannya ketika bayaran-bayaran jenayah seperti upah pembunuhan ataupon pembelian-pemblian barangan terlarang seperti organ manusia, senjata, mahupon dadah. BTC pulak merupakan sejenis watawang digital yang biasa digunakan oleh penjenayah dalam siber ketika berurusan di laman sesawang yang mendalam atau lebih dikenali sebagai “deep web”.

Mengenai deep web pula. Tahukan kita bahawa web-web yang kita biasa gunakan ini adalah hanyalah 1% dalam semua sistem2 web yang wujud di atas dunia ini, manakala lebih 99% tuh antaranya “deep web” dan “dark web” dan banyaklagi yang saya sendiri masih dalam kajian, dan pengguna-pengguna seperti kita juga bukan mudah untuk meng akses ke laman web jenis semacam ini. Kalau kita nk masuk ke deep web misalnya, kita x kan dpt kalau setakat mnggunakan “google chrome”, “mozilla firefox” “internet explorer” mahupun “safari” dan sebagainya. Engine khas atau web brozer khas kita perlu gunakan, biasanya “onion”. Saya tidak mahu menceritakan lanjut tentang deep web ini, kerana sy sendiri juga tidak pernah, dan masih belum rasa berani ingin menggunakannya.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai senari lengkap matawang digital ini, anda bolehlah terus google jek ke “block chain”.

Selain mengenali jenis-jenis crypto anda, anda perlu juga tahu mengenai crypto wallet anda atau lebih dikenali sebagai dompet digital. Kenapa dikenali sebagai dompet digital? Jawapannya mudah sahaja, kita menyimpan matawang digital, oleh itu, perkara-perkara digital disimpan di dalam dompet digital. Namun begitu, kini wujud sudah dompet digital tetapi secara fizikal, dimana kita boleh menyimpan matawang digital kita secara selamat secara fizikal melalui Hard Disk Drive(HDD). Tetepi bagi cara ini, orang kaya sahaja mampu buat. Hahahaha…

Luno, merupakan salah satu jenis wallet bagi menyimpan BTC. Wallet luno nih memang biasa rakyat Malaysia gunakan kerana kita dapat memindah wang fizikal terus kepada wang digital hanya melalui online banking seperti mybank dan sebagainya. Cubalah, mudah dan murah. Boleh bermula serendah 2myr jek, x perlu membeli seluruh BTC yg bernilai hampir 20K myr.

Banyak lagi yang ingin sy kongsikan mengenai wang digital ini, seperti kepercayaan, namun begitu, perkara seperti ini amat sukar untuk diterangkan melalui tulisa semata-mata. Cara mudah sebegini. Kita percaya pada bank yang menyimpan duit kita, sedangkan kita tiada cagaran apa2 keatas duit itu, hanya penyata semata-mata. Mungkin ramai mengatakan bank menyimpan duit kita menggunakan emas dan sebagainya, tetapi mereka(pihak bank) ini ada bukti? Sedangkan kita pon tidak pernah melihat bukti tersebut, itu hanyalah rumor. Jadi kesimpulannya, penyimpanan ini samalah umpama menyimpan matawang digital. Tetapi bg sy, matawang digital ini lg merbahaya, kerana ia hanya nilai yg tidak ternilai, andai suatu hari nanti mereka mengatakan wang digital ini tiada nilai, maka ramailah anatara penympan-penyimpan BTC misalnya menagis bersendirian.

Satu yang saya boleh simpulkan, sy menyimpan wang digital ini tujuan untuk fizikal. Caranya, saya memebeli BTC ketika haraga jatuh, dan menjualnya ketika harga tinggi, setakat ini bermodalkan RM50, saya sudah untung sebanyak RM20.memang sedikit bunyinya, bayangkan kita ada modal yang banyak, lalu keuntungan itu kita belie mas fizikal.


Disini sahajalah penulisan saya, saya harap pembaca dapat dengan apa yang saya ingin sampaikan. Sayonara.

No comments:

Post a Comment