Pages

Sunday, October 11, 2015

Bacalah Wahai Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan, mahupun teman-teman dan juga pembaca sekalian. Tajuk sebenar saya pada kali ini adalah Iqra’. Datang daripada perkataan arab ‘qaraa’ yang bermaksud ‘baca’ dan menjadi iqra’ bermaksud “bacalah”. Sebelum saya menghurai panjang akan tajuk pada kali ini, saya ingin menyatakan bahawa, saya bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk berkongsikan ilmu tinggi denagn kamu semua, namun saya ingin berkongsikan sesuatu agar kalian membaca.

Baiklah, persoalan saya yang pertama untuk kalian adalah, “apakah wahyu Allah SWT yang pertama kepada nabi Muhammad SAW?”. Tidak perlu luahkan jawapan, hanya fikirkan dan jawab dalam hati sahaja dahulu.

Apa yang kita tahu, mungkin ada antara akan menyatakan wahyu Allah kepada kita adalah rukun Iman dan rukun Islam, disini saya akan nyatakan untuk tatapan dan peringhatan untuk kita semua.

Rukun Iman (ada 6 perkara):
-beriman kepada Allah
-beriman kepada rasul
-beriman kepada malaikat
-beriman kepada kitab
-beriman kepada hari kiamat
-beriman kepada Qada’ dan Qadar

Rukun Islam (ada 5 perkara):
-mengucap dua kalimah Syahadah
-solat lima waktu sehari semalam
-berpuasa dibulan Ramadhan
-mengeluarkan zakat
-menunaikan haji (jika berkemampuan)

Baiklah, berbalik pula kpd persoalan kita berkenaan wahyu Allah SWT yang pertama kepada umat nabi Muhammad SAW. Tahukah anda, wahyu Allah yang pertama kpd kita umat Islam bukanlah solat, dan bukan jua berpuasa, atau zakat dan sebagainya, tetapi “bacalah”. Ya, Allah menyuruh umat Islam membaca, dan sememangnya itulah wahyu yang pertama. Mungkin ada antara kita yang mengatakan saya menipu, saya nak bgtau satu jek, kalua tidak percaya, pergilah Tanya mana2 ustaz yang kamu kenal. Baiklah, ingatkah kamu akan peristiwa malaikat Jibril AS menyampaikan wahyu Allah yang pertama kepada nabi Muhamad di gua Hiraq? Sedang nabi Muhammad bertafakkur bersendirian di dalam gua Hira’, dating suatu makhluk dari belakang baginda, lalu memeluk akan meginda secara erat dan ketat. Itulah malaikat Allah SWT, Jibril AS. Lalu Jibril berbisik kepada baginda “Iqra’………………..”. sekarang mungkin sudah jelas akan kaian akan peristiwa ini.

Oleh yang demikian, saya ingin menyatakan satu sahaja tentang pengajaran dari kisah ini, iaitu “bacalah” dan itulah maksud dari perkataan wahyu Allah pertama kepada kita. Akhir kata, saya ingin menyatakan suatu, seorang bijaksana telah berkata,:
dengan ilmu hudup menjadi mudah, denagn seni hidup menjadi indah, dengan iman hidup menjadi terarah”.

No comments:

Post a Comment