Pages

Sunday, October 11, 2015

Bacalah Wahai Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan, mahupun teman-teman dan juga pembaca sekalian. Tajuk sebenar saya pada kali ini adalah Iqra’. Datang daripada perkataan arab ‘qaraa’ yang bermaksud ‘baca’ dan menjadi iqra’ bermaksud “bacalah”. Sebelum saya menghurai panjang akan tajuk pada kali ini, saya ingin menyatakan bahawa, saya bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk berkongsikan ilmu tinggi denagn kamu semua, namun saya ingin berkongsikan sesuatu agar kalian membaca.

Baiklah, persoalan saya yang pertama untuk kalian adalah, “apakah wahyu Allah SWT yang pertama kepada nabi Muhammad SAW?”. Tidak perlu luahkan jawapan, hanya fikirkan dan jawab dalam hati sahaja dahulu.

Apa yang kita tahu, mungkin ada antara akan menyatakan wahyu Allah kepada kita adalah rukun Iman dan rukun Islam, disini saya akan nyatakan untuk tatapan dan peringhatan untuk kita semua.

Rukun Iman (ada 6 perkara):
-beriman kepada Allah
-beriman kepada rasul
-beriman kepada malaikat
-beriman kepada kitab
-beriman kepada hari kiamat
-beriman kepada Qada’ dan Qadar

Rukun Islam (ada 5 perkara):
-mengucap dua kalimah Syahadah
-solat lima waktu sehari semalam
-berpuasa dibulan Ramadhan
-mengeluarkan zakat
-menunaikan haji (jika berkemampuan)

Baiklah, berbalik pula kpd persoalan kita berkenaan wahyu Allah SWT yang pertama kepada umat nabi Muhammad SAW. Tahukah anda, wahyu Allah yang pertama kpd kita umat Islam bukanlah solat, dan bukan jua berpuasa, atau zakat dan sebagainya, tetapi “bacalah”. Ya, Allah menyuruh umat Islam membaca, dan sememangnya itulah wahyu yang pertama. Mungkin ada antara kita yang mengatakan saya menipu, saya nak bgtau satu jek, kalua tidak percaya, pergilah Tanya mana2 ustaz yang kamu kenal. Baiklah, ingatkah kamu akan peristiwa malaikat Jibril AS menyampaikan wahyu Allah yang pertama kepada nabi Muhamad di gua Hiraq? Sedang nabi Muhammad bertafakkur bersendirian di dalam gua Hira’, dating suatu makhluk dari belakang baginda, lalu memeluk akan meginda secara erat dan ketat. Itulah malaikat Allah SWT, Jibril AS. Lalu Jibril berbisik kepada baginda “Iqra’………………..”. sekarang mungkin sudah jelas akan kaian akan peristiwa ini.

Oleh yang demikian, saya ingin menyatakan satu sahaja tentang pengajaran dari kisah ini, iaitu “bacalah” dan itulah maksud dari perkataan wahyu Allah pertama kepada kita. Akhir kata, saya ingin menyatakan suatu, seorang bijaksana telah berkata,:
dengan ilmu hudup menjadi mudah, denagn seni hidup menjadi indah, dengan iman hidup menjadi terarah”.

Sunday, October 4, 2015

Baju merah di hari Malaysia

Tajuk pada kali ini mungkin akan mmbuatkan para penyokong “baju merah” mungkin marah kpd saya. Artikel saya yang lepas ada menceritakan tentang “perhimpunan berdih 4.0” yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2015 baru-baru ini. Namun begitu, tanggal 16 September 2015, kita sekali lagi di khabarkan dengan berita tergempar apabila ada lagi satu perhimpunan yg jatuh pada “Hari Malaysia”, perhimpunan yang mempunyai banyak nama antaranya:
-perhimpunan baju merah
-perhimpunan kebangkitan melayu
-perhimpunan 16 September
-(dan banyak lagi)
Jika ingin tahu akan nama-nama yang lebih lanjut tentang perhimpunan ini, boleh terus ke twitter, dan cari lah trending, boleh tahan jugak lah, masuk trending.

Gini lah, ak mls nk ulas pasal tajuk nih pnjang2, Cuma ak nk bgtau kat korang, nk tau perhimpunan mane yg lagi ok antara kerajaan dan pembangkang, sila lah hadirkan diri anda untuk mndapatkan pengalaman dengan mata kepala sendiri....

sekian, semoga berfikiran panjang pada PRU14 akan dating.