Pages

Thursday, December 6, 2012

Cara Atasi TAKBUR..!!!


Takbur adalah penyakit hati yang amat bahaya. Orang yang mempunyai penyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah lebih-lebih lagi pemimpin umat Islam. Hal ini kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya apabila mewakili jemaan, kerana akan turut memburukkan nama jemaah itu sendiri.
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur dari bermaharaja di dalam hati manusia:

*Sewaktu kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diorang lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih lagi belum diebani dengan dosa.

*Sewaktu kita berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah diorang juga lebih mulia kerana diorang lebih lama beribadah daripada kita.

*Sewaktu kita berjumpadengan orang alim, anggaplah die lebih mulia kerana mempuyai banyak ilmu didada.

*Sewaktu kita melihat orang jahil, anggaplah diorang libih mulia kerana membuat dosa disebabkan kejahilan iaitu tudak mengatahuinya, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan engetahuinya.

*Sewaktu kita berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia tetapi katakan, mungkin dia akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

*Apabila bertemu orang kafir,katakanlah, belum tentu dia akan kafir selamanya.

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN...

Saturday, November 10, 2012

Kisah Iblis & Firaun


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, saya dah pun berada pada semester ke-4 atau tahun yang ke-2 di Universiti Teknologi Mara Terengganu.

Mungkin ada yang akan bertanya, name dapat tajuk nie?, dari mana pula hadisnya? Sebenarnya ini adalah cerita rekaan yang pernah diberi tahu oleh salah seorang guru yang pernah mengajar saya, biarlah namanya dirahsiakan. Dia mendapat idea cerita ini kerana pada suatu hari, salah seorang muridnya bertanya,
"Antara Firaun dengan Iblis, yang mana satu lagi sesat?", lalu dijawab oleh guru itu dengan sbuah cerita:
Apabila sampai suatu masa(di akhirat kelak), datang Firaun ke arah Iblis lalu berkata dengan nada yang sombong "Wahai Iblis yang dilaknat, maka sekejap lagi kau akan masuk ke dalah api neraka, inilah balasan untuk kau yang sesat dan suka menyesatkan umat manusia", lalu Iblis berkata, "walaupun kita sama2 tidak menyembah Allah, tetapi kau sebenarnya lagi sesat dan menyesatkan berbanding dengan aku" dengan nada yang agak marah, Firaun berkata "kau tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhmu, kau juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat. Aku sesatkan manusia seusia dengan kehidupanku sahaja, jadi kau lah yang paling sesat". begitulah bongkaknya Firaun berkata-kata, namun Iblis tetap tidak mengaku kalah. Iblis membalas kata-kata Firaun itu dengan berkata "Ye, memanglah aku tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhku, aku juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat dan kau sesatkan manusia hanyalah seusia dengan kehidupan kau sahaja, tetapi lupakah kau bahawa aku masih tetap lagi mengaku Allah itu Tuhanku, aku cumalah tidak menyembahnya, sedangkan kau? bukan setakat tidak mengaku Allah itu Tuhan mu, tapi kau juga sesatkan mansia dengan mengatakan kau adalah Tuhan, dan kau juga menghukum manusai yang tidak ingin mengaku kau adalah Tuhan. Jadi siapakah paling sesat?" lalu Iblis senyum tanda menyindir.

Baiklah, apa kah sebenarnya pengajaran yang kita perolihi daripada kisah rekaan ini? Sebenarnya, ianya terserahlah kepada pembaca sekalian, kerana Allah telah jadikan kita bebeza-beza dan akal kita juga mempunyai pemikiran yang berbeza, oleh itu ingatlah "SALAH TAFSIRAN, DIRI BINASA..."

Saturday, September 15, 2012

OH spEEd TrAp


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca sekalian. Dah dkt stahun x update blog....haha, ok lah pada kali ini saya nak menyambung menyambung penulisan artikel ini dengan satu lagi topik yang akan saya hangatkan jika blog ini tersebar luas. Tajuk yang saya bawakan pada kali ini ada sedikit kejanggalan kerana berbahas ainggeris, tapi pembaca jangan takut, kerana itu cuma tajuk sahaja, isinya berbahasa Melayu juga. sebelum itu izinkan saya menceritakan mengapa tajuk ini yang menjadi pilihan hati. Seenarnya tajuk ini memang sudah lama tependam, namun baru sekarang hati ini ingin menulis artikel ini. Sebelum saya mengulas lanjut tentang artikel ini, saya ingin katakan bahawa saya bukan lah seorang anti-kerajaan mahupon prokerajaan, tapi saya cumalah seorang penulis bebas. saya pening tentang pembuatan dan kemasukan kenderaan inport ke Malaysia. mengapakah kenderaan yang dibenarkan memasuki ataupon yang dibuat sendiri di dalam negara mempunyai had laju sehingga 300km/h padahal, kalajuan yang tertinggi yang dibenarkan di dalam Malaysia hanyalah (+/-)120km/h tu pon boleh jumpa kat lebuhraya jek...WHY...? can GOVERNMENT answer this...?