Pages

Thursday, December 6, 2012

Cara Atasi TAKBUR..!!!


Takbur adalah penyakit hati yang amat bahaya. Orang yang mempunyai penyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah lebih-lebih lagi pemimpin umat Islam. Hal ini kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya apabila mewakili jemaan, kerana akan turut memburukkan nama jemaah itu sendiri.
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur dari bermaharaja di dalam hati manusia:

*Sewaktu kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diorang lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih lagi belum diebani dengan dosa.

*Sewaktu kita berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah diorang juga lebih mulia kerana diorang lebih lama beribadah daripada kita.

*Sewaktu kita berjumpadengan orang alim, anggaplah die lebih mulia kerana mempuyai banyak ilmu didada.

*Sewaktu kita melihat orang jahil, anggaplah diorang libih mulia kerana membuat dosa disebabkan kejahilan iaitu tudak mengatahuinya, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan engetahuinya.

*Sewaktu kita berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia tetapi katakan, mungkin dia akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

*Apabila bertemu orang kafir,katakanlah, belum tentu dia akan kafir selamanya.

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN...

No comments:

Post a Comment