Pages

Saturday, November 10, 2012

Kisah Iblis & Firaun


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, saya dah pun berada pada semester ke-4 atau tahun yang ke-2 di Universiti Teknologi Mara Terengganu.

Mungkin ada yang akan bertanya, name dapat tajuk nie?, dari mana pula hadisnya? Sebenarnya ini adalah cerita rekaan yang pernah diberi tahu oleh salah seorang guru yang pernah mengajar saya, biarlah namanya dirahsiakan. Dia mendapat idea cerita ini kerana pada suatu hari, salah seorang muridnya bertanya,
"Antara Firaun dengan Iblis, yang mana satu lagi sesat?", lalu dijawab oleh guru itu dengan sbuah cerita:
Apabila sampai suatu masa(di akhirat kelak), datang Firaun ke arah Iblis lalu berkata dengan nada yang sombong "Wahai Iblis yang dilaknat, maka sekejap lagi kau akan masuk ke dalah api neraka, inilah balasan untuk kau yang sesat dan suka menyesatkan umat manusia", lalu Iblis berkata, "walaupun kita sama2 tidak menyembah Allah, tetapi kau sebenarnya lagi sesat dan menyesatkan berbanding dengan aku" dengan nada yang agak marah, Firaun berkata "kau tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhmu, kau juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat. Aku sesatkan manusia seusia dengan kehidupanku sahaja, jadi kau lah yang paling sesat". begitulah bongkaknya Firaun berkata-kata, namun Iblis tetap tidak mengaku kalah. Iblis membalas kata-kata Firaun itu dengan berkata "Ye, memanglah aku tidak tidak mahu sujud kempada nabi Adam ketika Allah menyuruhku, aku juga sesatkan umat manusia hingga ke akhirat dan kau sesatkan manusia hanyalah seusia dengan kehidupan kau sahaja, tetapi lupakah kau bahawa aku masih tetap lagi mengaku Allah itu Tuhanku, aku cumalah tidak menyembahnya, sedangkan kau? bukan setakat tidak mengaku Allah itu Tuhan mu, tapi kau juga sesatkan mansia dengan mengatakan kau adalah Tuhan, dan kau juga menghukum manusai yang tidak ingin mengaku kau adalah Tuhan. Jadi siapakah paling sesat?" lalu Iblis senyum tanda menyindir.

Baiklah, apa kah sebenarnya pengajaran yang kita perolihi daripada kisah rekaan ini? Sebenarnya, ianya terserahlah kepada pembaca sekalian, kerana Allah telah jadikan kita bebeza-beza dan akal kita juga mempunyai pemikiran yang berbeza, oleh itu ingatlah "SALAH TAFSIRAN, DIRI BINASA..."