Pages

Monday, December 21, 2015

Penganiayaan Haiwan

Mungin ada diantara kita yang pernah menonton video mahupun mendengar cerita tentang seseorang yang telah berlaku kejam terhadap seekor kucing dengan menyembelihnya. Video ini telah menjadi viral setelah tersebar luasnya di media-media social terutama Facebook dan juga Twitter. Ini baru sahaja melihat video, belum lagi membaca komen2 dibawahnya. Ada yang menjadi Hakim dengan hukuman2 yang akan dijatuhkan kepada lelaki berkenaan, ada yang menjadi ustaz dengan hadis2, ada juga pencinta kucing yang bertukar menjadi mengugut yang mengugut lelaki berkenaan untuk membunuhnya di atas kekejaman yang dilakukan, malah ada juga komen tentang perkara yang langsung tidak berkaitan, antaranya salah keluarga kerana tidak mndidik suka binatang. Sebenarnya perkara sebegini bukan lah perkara baru, Cuma ia menjadi buah mulut hanya kerana viral sahaja.

Baiklah, pada perbincangan kali ini, saya ingin menyebut tentang sudut pandangan atau lebih dikenali senagai point of view. Andai saya berkata bahawa, “itu bukan lah satu kekejaman, ia adalah jalan terbaik dari kekejaman manusia”, agak-agak lah kan, teruk tak saya kene pukul? Namun usah risau, teruskan membaca, kerana saya akan menceritakan supaya kita semua lebih berfikiran terbuka, bab kata orang tua-tua “fikir dahulu sebelum bertindak”. Saya juga akan cuba mengubah sedikit sebanyak pemikiran kita agar bertindak mengikut setelah berfikir melalui seluruh sudut pandangan.

Seterusnya, sebelum saya menerangkan akan kata-kata saya diatas, dan meneruskan perbincangan, saya ingin bertanyakan pembaca sekalian, tidak usah menulis akan jawapan ini, tetapi jawablah di dalam hati masing-masing, “jika terdapat seekor anak kucing, yang hodoh atau berkemungkinan berkurap, namun kelaparan, mengiau meminta belas kasihan, apakah perkara yang pertama akan kita lakukan?” untuk mendapat jawapan yang pelbagai, mari kita sama-sama menjawab berdasarkan sudut pandangan:

1-      ”kucing hodoh, mengganggu sahaja ak makan, nyah kau dari sini, ak ingin makan dengan senang” sambil menolaknya.

2-      “wahai kucing malang amik lah sedikit” sambal melontarkan makanan sejauh yang mungkin.

3-      “nate kucing liar, nyah kau dari sini, doh la ado kurap, wak nyusoh jah mung nih” sambal menendang.


Setelah melihat akan jawapan-jawapan daripada pelbagai sudut pandangan diatas, marilah kita berba;ik kepada masalah uatama iaitu kekejaman manusia keatas pengniayaan terhadap haiwan dan untuk mempertahankan kenyataan saya tentang penyembelihan itu bukanlah suatu kekejaman. Haiwan itu sememangnya diciptakan tanpa akal, mereka sememangnya akan mendamingi manusia untuk meminta akan belas kasihan, namun begitu, apakah tindakan kita apabila melihat mana2 haiwan mendekati? Kita akan usir mereka, lalu haiwan tadi akan terus merasa kelaparan, dan sepak terajang kita sebenarnya mendatangkan kesakitan yang amat, lebih2 lagi kesakitan bercampur kelaparan. Jika kita bunuh haiwan terbabit, mungkin kesakitan itu sangat terasa, namun percayalah, setelah kematian tiada lagi seksaan. Saya berharap para pembaca sekalian paham akana apa yang saya tuliskan, kalua tak paham juga, masa nk sepak kucing tuh, korang try bayangkan korang kucing, Dengan ini suka untuk saya katakan, “pembunuhan haiwan itu jauh lebih baik dari kezaliman kita kerana tidak memberi makanan kepada mereka”. Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment